BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 29, 2010

~Celebrate Besday Suma Kawan2 MPP Sesi 08/09~




Besday Abg Razik @ Pagi!!


Besday abg hairie @ Gegem

Besday kak ika @ cik Tipah
~Apy dapat smbut besang kmuorng suma...
~smoga kmuorg suma panjang umur n d murahkan rezeki..
~Tercapai suma impian...

Thursday, January 14, 2010

~IPTA tidak patut tawar Pengajian Sekolah Rendah~

Memetik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Mohd Puad Zarkasih, beliau menyatakan bahawa IPTA (UPSI) tidak wajar untuk menawarkan progran Pengajian Sekolah Rendah kerana mahasiswa/i lepasan universiti berkenaan akan mengajar disekolah menengah.

Beliau berkata demikian setelah menerima senarai nama lepasan IPTA berkenaan daripada salah seorang daripada mereka yang sedang berhadapan dengan masalah tersebut.

Masalah penempatan yang dihadapi oleh 20 orang lepasan yang menghadapi masalah penempatan ketika ini adalah daripada mereka yang memegang ijazah pendidikan dalam bidang Pengajian Sekolah Rendah.

Dr. Mohd Puad Zarkasi juga berkata bahawa penempatan ke sekolah rendah dikhaskan kepada Lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


ulasan: apa yang diperkatakan oleh Dr. Mohd Puad Zarkasih ada benarnya. Hal ini demikian kerana lepasan UPSI sememangnya akan mengajar dan ditempatkan disekolah menengah. Walau bagaimanapun, pada pendapat saya penawaran setiap kos kepada pelajar pada setiap kali sesi pengambilan pelajar adalah berdasarkan unjuran yang dibuat oleh KPM dan KPT yang juga berdasarkan keperluan pada 4 tahun yang akan datang. Oleh itu, sepatutnya isu kesukaran petempatan ini tidak akan berlaku.

apa2 pun, diharapkan 20 orang lepasan Graduasi UPSI akan dipercepatkan ditempatkan disekolah-sekolah rendah.

~7 Tingkat Nafsu~

Nafsu manusia terdiri daripada Tujuh tingkat kesemuanya:

yang pertama ialah nafsu Amarah :
nafsu ini adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran. Mereka adalah daripada golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati. Mereka ini adalah golongan ahli NERAKA.

yang kedua ialah nafsu Lawamah :
Nafsu ini adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran. Golongan ini beramal tetapi masih riak, mempunyai hasad dengki dan sebagainya. Nafsu mereka masih selamat tetapi dalam bahaya. Mereka ini adalah golongan ahli NERAKA.

yang ketiga ialah nafsu Marhamah :
nafsu ini adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah. Walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri. Mereka adalah golongan api NERAKA.

yang keempat ialah nafsu Mutmainah :
nafsu ini adalah nafsu yang lemah lembut. Mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah dijiwa. Mereka ini adalah wali kecil. Golongan ini adalah dijamin SYURGA.

yang kelima ialah nafsu Raudiah :
nafsu ini adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah swt. Mereka berhaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah swt semata-mata. Mereka adalah wali besar dan dijamin SYURGA.

yang keenam ialah nafsu Kamaliah :
nafsu ini adalah nafsu yang sempurna, nafsu para nabi dan rasul.

yang ketujuh ialah nafsu Mardiah :
nafsu ini adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu ini adalah nafsu yang paling diredhai oleh Allah swt.


semoga aku mampu mencapai tingkat nafsu yang diredhai oleh Allah swt.. amin..


Tuesday, January 12, 2010

~My Besday~

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yang Bt Surprise Ni...

Tarikh 23 Oktober adalah tarikh keramat buat diri qu...
Ni lah Kek ari jadi qu..


Muka Comot...

Masa Untuk Makan KFC...

Abg Razik Yang Malu2...

Abg Hairie Yang Pelahab...

mEMEq...
mcm x sudi jew...
hehehhe...

Yin...
AQ di mana???


Jemputla makan kek kak EMY....

Huduhnya muka aq tme ni,,
aBg SaIfUl yang senget...
~tHanks kpd suma kawan2 yang celebrate birthday tme ni...
~really2 appreciate it...
~aRi ni adalah hari yang paling menggembirakan...
~x dapat lupa suma2 ni...
~thanks gak kpada org yang menyambut birthday ni skali lagi...
~n thanks 2k 22 kuntum ros yang sangat cantik...
~sayang kmu suma....

Saturday, January 9, 2010

~Mahakarya Cinta By Faiza Tahir~

Begitu Berat Melangkah
Melihat Kau Bersamanya
Adakah Aku Yang Salah
Atau Hanya Helah Saja

Ku Masih Mencintai Diri Kamu
Bila Kau Menjauh
Ku Rindu

Kau Bagaikan Udara
Yang Membantu Aku
Untuk Terus Hidup Di Atas Dunia
Tanpa Mu Ku Lemah
Pasti Aku Tak Berdaya
Kerna Kau Maha Karya Cinta

Biarpun Kau Tidak Mahu
Menerima Kasih Daku
Ku Kan Setia Bersama Mu
Sehingga Ke Akhir Waktu

Ku Masih Menyayangi Diri Kamu
Bila Kau Berlalu
Ku Rindu..

Kau Bagaikan Udara
Yang Membantu Aku Untuk Terus Hidup Diatas Dunia
Tanpa Mu Ku Lemah
Pasti Aku Tak Berdaya
Kerna Kau Maha Karya Cinta

Kau Takkan Dapat Aku Lupakan
Kerna Kaulah Punca Cinta Kita
Mengajar Aku Erti Bahagia
Kembalilah..

Terimalah Pesan Daku
Yang Akan Terus Menunggu

~PeRtAnYaAn~

Mengungkap kesementaraan kata,
belum lagi mampu qu mengertikan,
ruang-ruang yang kusinggahi
seperti kosong,
semua seperti kunang kunang
sekejab nyala…
sekejab hilang…

Ada kalanya sebuah pertanyaan
tak perlu jawapan,
tetapi...
semuanya meninggalkan seribu satu jawapan....

~PENERIMA ANUGERAH BITARA : NURUL ILLYANA BINTI MOHAMAD~

PENERIMA ANUGERAH BITARA : NURUL ILLYANA BINTI MOHAMAD

Malam Perdana Siswa yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Harun Aminurrashid pada 05 April 2009 yang lalu telah melakar satu sejarah apabila salah seorang daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/09 telah menerima anugerah utama pada malam tersebut.

Beliau iaitu Nurul Illyana Binti Mohamad, Exco Ekonomi dan Keusahawanan, telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Guru Bitara pada malam tersebut. Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah tersebut adalah kerana beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang daripada sudut akademik dan kokurikulum.

CGPA 3.90 telah melayakkan beliau menerima anugerah tersebut sekali gus mengalahkan calon-calon yang lain. Bukan itu sahaja, beliau juga banyak terlibat dalam program-program anjuran universiti. Penglibatan beliau dalam kegiatan kokurikulum dan kecemerlangan beliau dalam bidang akademik telah memungkinkan beliau menerima anugerah ini.

Tahniah diucapkan kepada saudari Nurul Illyana Binti Mohamad.


(hehehehe:puji diri sendiri)



~Aq Dan Aq~

  • Aq sedang tersenyum???
  • Aq tersenyum lagi....
  • lagi...senyum...

  • Dan senyum lagi...