BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 14, 2010

~IPTA tidak patut tawar Pengajian Sekolah Rendah~

Memetik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Mohd Puad Zarkasih, beliau menyatakan bahawa IPTA (UPSI) tidak wajar untuk menawarkan progran Pengajian Sekolah Rendah kerana mahasiswa/i lepasan universiti berkenaan akan mengajar disekolah menengah.

Beliau berkata demikian setelah menerima senarai nama lepasan IPTA berkenaan daripada salah seorang daripada mereka yang sedang berhadapan dengan masalah tersebut.

Masalah penempatan yang dihadapi oleh 20 orang lepasan yang menghadapi masalah penempatan ketika ini adalah daripada mereka yang memegang ijazah pendidikan dalam bidang Pengajian Sekolah Rendah.

Dr. Mohd Puad Zarkasi juga berkata bahawa penempatan ke sekolah rendah dikhaskan kepada Lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


ulasan: apa yang diperkatakan oleh Dr. Mohd Puad Zarkasih ada benarnya. Hal ini demikian kerana lepasan UPSI sememangnya akan mengajar dan ditempatkan disekolah menengah. Walau bagaimanapun, pada pendapat saya penawaran setiap kos kepada pelajar pada setiap kali sesi pengambilan pelajar adalah berdasarkan unjuran yang dibuat oleh KPM dan KPT yang juga berdasarkan keperluan pada 4 tahun yang akan datang. Oleh itu, sepatutnya isu kesukaran petempatan ini tidak akan berlaku.

apa2 pun, diharapkan 20 orang lepasan Graduasi UPSI akan dipercepatkan ditempatkan disekolah-sekolah rendah.

0 comments: