BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 9, 2010

~PENERIMA ANUGERAH BITARA : NURUL ILLYANA BINTI MOHAMAD~

PENERIMA ANUGERAH BITARA : NURUL ILLYANA BINTI MOHAMAD

Malam Perdana Siswa yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Harun Aminurrashid pada 05 April 2009 yang lalu telah melakar satu sejarah apabila salah seorang daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/09 telah menerima anugerah utama pada malam tersebut.

Beliau iaitu Nurul Illyana Binti Mohamad, Exco Ekonomi dan Keusahawanan, telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Guru Bitara pada malam tersebut. Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah tersebut adalah kerana beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang daripada sudut akademik dan kokurikulum.

CGPA 3.90 telah melayakkan beliau menerima anugerah tersebut sekali gus mengalahkan calon-calon yang lain. Bukan itu sahaja, beliau juga banyak terlibat dalam program-program anjuran universiti. Penglibatan beliau dalam kegiatan kokurikulum dan kecemerlangan beliau dalam bidang akademik telah memungkinkan beliau menerima anugerah ini.

Tahniah diucapkan kepada saudari Nurul Illyana Binti Mohamad.


(hehehehe:puji diri sendiri)



0 comments: